30 March, 2012

TUTUP aurat...jom!


Realiti hari ini, rata – rata wanita yang mengaku Muslim tidak mempraktikkan ajaran Islam tu sendiri. Kebanyakan mereka hanyut dalam kehidupan duniawi. Haram Halal dipandang remeh. Antara perkara yang dipandang remeh ialah enggan menutup aurat.


“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” – (An-Nur: 31).


Ayat ni terang terangan memerintahkan kaum wanita Muslim yang sudah mukallaf supaya menutup aurat. Ayat ini umum pada semu wanita Muslim, tidak khusus kepada mana – mana bangsa atau orang – orang tertentu. Maka ianya adalah wajib.

Mungkin ramai akan kata, Allah Maha Pengampun dan kamu boleh bertaubat bila dah tua. Tetapi persoalannya di sini, bagaimana kamu akan tahu kamu akan mati bila?. Bagaimana keadaanmu ketika mati itu?. Peluang hidup hanyalah sekali. Maka dimasa yang muda ini, kumpullah bekalan untuk di alam baqa’ kelak.
Ingatlah kesakitan sakaratul maut adalah teramat-teramat sakitnya, jangan ambil mudah sahaja. Teguran ini tanda kasih dan sayang sesama muslim.
jom kite berubah ke arah kebaikan..labuh kn tudung kite, longgarkan pakaian kite, dan sbgai nye..
jom kite beramal..dunia kian hampir ke penghujungnye..

Jangan Bersedih..Allah Ada Bersama kite..





Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. 


Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. 


Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. 


Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti.


Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati. 

-

Wahai Hamba Ilahi,


Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..


Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..


Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..
-
-
Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..
Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.
 -
-
Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

27 March, 2012

Solatlah anda sebelum anda di solatkan..


solat???

solat merujuk kepada sembahyang dalam agama islam. solat terbahagi kepada  solat fardu and sunat. solat fardu adalah wajib di laksanakan bagi umat islam di muka bumi ini. sola fardu merupakan rukun islam y kedua dari 5 rukun.

solat fardu terdiri daripada 5 waktu dalam sehari..
iaitu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan insya'.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya"? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain". 
(Riwayat At-Tarmizi)



NIKMAT
Solat adalah tuntutan wajib untuk setiap umat islam yang mengaku dirinya sebagai umat nabi Muhammad s.a.w . Solat bukanlah hanya sebagai pelengkap kepada rukun islam semata-mata tetapi yang lebih penting solat adalah sebagai tanda kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah kepada kita selama ini.
Nikmat yang Allah berikan terlalu luas dan sebagai hamba yang selalu bergantung kepada pertolongan Allah pastinya semua itu tidak akan mampu dibayar nilainya oleh mana -mana manusia sekalipun. Kesenangan,kesihatan,kelapangan dan segalanya adalah nikmat dari Allah untuk kita sebagai hamba secara percuma. Belum lagi nikmat-mikmat lain yang Allah berikan kepada kita tanpa diduga, itulah kasih sayang pencipta kepada hambanya.

KITA KHIANATI AMANAH ALLAH
Masyarakat islam yang sakit dan pincang pada hari ini sememangnya merupakan satu cabaran getir untuk 'dunia islam" kembali menyinar dan gah seperti satu masa dahulu. Penyakit sosial yang terlalu parah bukan lagi mendekati anak –anak muda kita, sebaliknya ia adalah sebahagian dari cara hidup umat islam masa kini. Penyakit itu misalnya berzina, arak, judi, pembunuhan,rompak, rasuah dan banyak lagi dosa yang tidak boleh diterima akal dek angkara perbuatan jahil manusia.
Semuanya terjadi hanya kerana umat islam mengabaikan satu tuntutan yang wajib iaitu solat yang sebenarnya merupakan benteng keimanan yang menyelamatkan manusia dari lembah hina. Mayarakat islam pada hari ini tidak lagi memandang solat itu sebagai satu pekara yang mulia dan berharga. Jika dihayati kisah para pejuang Allah di zaman dahulu mereka akan mementingkan solat lebih dari segalanya.
Mereka misalnya Sultan Muhammad Al-Fateh dan seluruh tenteranya yang mengutamakan solat biarpun nyawa mereka terdedah dengan serangan musuh. Beliau dan tentera-tenteranya menunaikan solat berjemaah di hadapan tembok kota Constatinople dan disaksikan sendiri setiap musuh islam.Tentera musuh begitu tergamam melihat bertapa disiplinnya tentera islam yang bukan sahaja dalam peperangan malah dalam solat.
Malah kisah para pejuang Allah yang lain juga semuanya tidak jauh beza, semuanya mengutamakan solat sebagai landasan menuju kejayaan. Tidak seperti umat masa kini yang semakin melupakan perintah wajib ini dan ada juga yang tidak tahu langsung kewajipan bersolat.
Kelemahan umat islam masa kini juga bukanlah kerana kekuatan yahudi yang mengusai seluruh dunia tetapi kelamahan ketara umat islam kerana tidak menjadikan solat sebagai senjata untuk menyatukan ummah .

MULAKAN SEGERA!!
Jika dihayati kehebatan Rasulullah dan para sahabat selain solat 5 waktu mereka juga mengamalkan solat sunah tahjud di waktu malam .Solat ini dilakukan di hening malam sewaktu dunia ini sunyi dari hiruk pikuk manusia. Ulama juga berpendapat waktu yang paling afdal untuk menunaikan solat ini ialah ¾ malam iaitu  diantara pukul 3 sehingga sebelum masuknya waktu subuh.
Sekiranya kita sebagai hamba Allah dan umat nabi Muhammad S.A.W tidak mampu untuk melakukan solat malam maka mulakanlah dengan melaksanakan dahulu solat 5 waktu dengan secukupnya. Solat menjanjikan ketenangan, kebahagian dan kekuatan dalaman . Manusia yang beriman kepada Allah akan merasa sayang untuk meruntuhkan tiang agama islam dengan tidak bersolat kerana sedar bertapa tanpa solat dirinya semakin terdedah dengan ancaman musuh seperti syaitan dan orang kafir yang mahu membolak balik akhidah umat islam.
Janganlah menangguh lagi untuk tidak bersolat tetapi mulakan segera langkah untuk bersolat dan cukuplah dahulu dengan menunaikan solat yang wajib . Janganlah dibibir mengaku sebagai umat islam tetapi dalam masa sama kita ialah musuh  yang meruntuhkan agama sendiri.
pesanan untuk semua n termasuk diri ini yang banyak kelemahan..^_^

23 March, 2012

Cinta itu Tidak Salah..



Wahai saudara/ri seagamaku.. Ketahulah bahawa perasaan minat, suka, jatuh hati, jatuh hati dan seumpamanya ialah sebuah fitrah kemanusiaan yang dijadikan Allah untuk melengkapi kehidupan seseorang manusia.

Ia akan menjadi ladang pahala apabila diteruskan dan disemai dalam bingkai perkahwinan. Namun, ia akan menjadi penghasil dosa yang luar biasa apabila hanya di bingkaikan percintaan tersebut dengan sikap berpoya-poya.

Jadi bagi mereka yang sudah sedia berkahwin, maka carilah cinta anda dan kahwinilah si dia dengan seberapa segera. Namun, bagi remaja yang hanya ingin merasai cinta, dicintai, mencintai semata-mata, fikirkanlah perasaan itu banyak-banyak kali kerana telah ramai di antara manusia yang kepenatan dan kelelahan bermain dengan api cinta remaja. 

Bagi Yang Masih Bujang

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang tak terduga. Cinta dapat membahagiakanmu tapi sering juga manusia bercakap mengenai cinta sungguh menyiksakan.
Jadi, cinta itu hanya layak diberikan kepada seseorang yang istimewa yang akan kamu jadikannya suami/isteri sahaja. Jadi jangan risau, bertenang sahaja, jangan terlalu terburu-buru memiliki cinta dan pilihlah dikalangan cinta yang terbaik!

Bagi Yang Ragu-Ragu Dengan Kahwin

Cinta bukannya perkara menjadikan seseorang itu sempurna. Akan tetapi ia perkara menemukan seseorang yang dapat membantumu untuk kamu jadi sesempurnanya.

Bagi Yang Sudah Kahwin

Kalau cinta, jangan katakan, “Ini salah kau!”. Tapi sebutlah, “Maafkan sayang..”
Jangan pula katakan, “Kau di mana!”. Tapi sebutlah, “Sayang di sini, kenapa ya?”
Bukan juga katakan, “Bolehkah kau begitu?”. Tapi, “Ya sayang, abang mengerti..”
Dan jangan pula katakan, “Cubalah buat!”. Tapi ucaplah, “Terima kasih sayang..”

Bagi Yang Patah Hati

Sakit patahhati bertahan selama anda menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam anda membiarkannya. Menentangnya bukanlah cara yang sesuai untuk mengatasinya, melainkan apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Bagi Yang Belum Pernah Jatuh Cinta

Bagaimana mahu jatuh cinta? “Kalau mahu jatuh, jatuhlah. Tapi jangan sampai terjerumus!”Tetaplah konsisten tapi jangan terlalu keras. Bahagilah dan jangan sesekali berlaku tidak adil. Fahamilah dan cubalah untuk tidak menuntut. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tapi jangan sampai keterlaluan kerana sifatnya cinta memang mampu melukakan.

Bagi Yang Masih Cintai Si Dia Yang Dah Pergi

Perkara menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta, hanya kemudian pada akhirnya kamu sedari bahawa dia bukanlah jodoh kamu.
Dengan hal demikian, kamu telah mensia-siakan hari-harimu, bulan-bulanmu malahan bertahun-tahun dengan seseorang yang bukannya jodoh kamu sedangkan si isteri/suami mu sedang menanti kehadiranmu.Kalau sekarang pun dia tak layak, 10 tahun dari sekarang juga dia tak akan layak!
Lebih baik kamu ketahui perangai buruknya sekarang sebelum si dia menjadi sebahagian hidupmu yang akan selalu melukakanmu. Biarkan dia pergi, terus lupakan!

Bagi Yang Jenis Playboy/Playgirl

Jangan katakan “Aku Cinta Pada Mu” bila anda benar-benar tidak peduli. Jangan bicarakan soal perasaan hati bila itu memang tidak benar-benar ada. Jangan pula anda sentuh hati seseorang bila anda mula berniat mematahkan hatinya.
Jangan menatap ke dalam-dalam matanya bila mana pandangan anda itu hanyalah pembohongan. Dan perkara yang paling kejam ialah, jangan pernah anda biarkan anda di cintai sedangkan anda tidak berniat sama sekali untuk menerimanya saat dia terjatuh !

"selamat beramal"

Pertua Mendapat Pasangan..^_^


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

 sekian..^_^