16 November, 2012

Save Our Palestine

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, rakan-rakan semua..
selamat pagi,
-
-
this entry today want to say about Palestine..
semua orang pasti tahu kan??
Ya Allah..kejam sungguh..
setiap kali buka Facebook...
pasti kelihatan gambar kanak-kanak di bunuh kejam.
seperti tiada perasaan langsung..
MasyaAllah, kejam dunia di akhir zaman nie.
sedih pabila lihat kanak-kanak, orang tua, wanita dan semua di bunuh bagai bunuh binatang jea.
Astagfirullahalazim


Luangkan sedikit masa anda perbanyakkan doa utk saudara kita disana.
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
ameen..


jika kita renung-renung,
di akhir zaman ini,
terlalu banyak kekejaman berlaku,
tragedi pembunuhan umat islam..
MasyaAllah..
memang terlalu banyak..
Ya Allah, di Awal muharram ini,
selamatkan umat Islam di muka bumi ini,
satukanlah kami untuk menentang kaum kafir,
Andai mereka terkorban,
tempatkan lah mereka di syurga..



zalim sungguh..budak kecil yang tiada dosa di bunuh dgn kejam..



di akhir kata:
semoga Allah memberi pertolongan kepada semua umat Islam yang di tindas oleh kekejaman..
InsyaAllah..
Allah S.W.T Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

14 November, 2012

Awal Muharam 1434h

Bismilahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum semua,
Ape kabar?
hari nie kan awal Muharam, dan selamat tahun baru untuk My Family, My friends, My lecturer, and All Muslims...:)
Semoga dengan habis nye tahun 1433h, 
kita buka buku baru dengan azam kearah kebaikan.
insyaAllah:)


selama cahaya masih ada
dunia masih terang
selama jalan masih berliku
maka semakin banyak masalah yang menghadang

usaha adalah sebuah pengharapan
selama masih ada tujuan
maka masih ada jalan untuk kesana
walau harus memasuki jurang yang panjang
atau harus menaiki tebing yang tinggi

jangan ada kata menyerah
masa lalu adalah sebuah tongkat
penuntun jalan agar tidak jatuh pada lubang yang sama
masa depan adalah tentangan
yang harus dihadapi dengan sebuah keberanian..

-

-
-
Ingatlah kawan,
jika kelak kau dewasa mungkin kau tak lagi muda,
jangan kau pergunakan egomu sebagai jalan fikiranmu,
satu saat kau mengerti pentingnya hidup ini,
jalani dengan tenang dengan hati yang lapang,

singkirkan takutmu dan persilakan semangatmu,
belajarlah untuk tenang hadapi dugaan dan cabaran yang menghadang,

ingat lah kawan, jangan bimbang,
ingat lah kawan, hati yang tenang,
ingat lah kawan, jangan kau hilang,
ingatlah kawan, terus berjuang kerana Allah..:)


sekian..
semoga di tahun baru nie,
semangat kite pun lebih bertambah untuk beribadat..:)



Holiday at PERLIS

Bismillahirrahmanirrahim
selamat pagi semua
entry kali nie, ingin bercerita tentang percutian kami pada 13 hb november 2012 y lepas.
plan kami untuk pergi 4 tempat dalam negeri perlis..
1)Padang Besar
2)Ladang Anggur
3) Taman Ular
4) Bukit ayer (air terjun)
-
-
-
tetapi,
tempat kami dapat pergi hanya Padang Besar dan Bukit ayer..
sedih betui...sesat nak cari jalan ke ladang anggur, taman ular dan bukit ayer..
tapi still dapat pergi bukit ayer...
-
-
sampai di bukit ayer..dalam pukul 4 petang.
makan-makan dan minum-minum,
baru lah sesi bermain air,
memang best main air..
rest my mind when I hear the roar of the waterfall..
so best...relax...
my exhausted,and fatigued was gone on that day...hehe
-
-
after we all finish that,
at 6 pm,
we all just go back to UUM.
Ladang Anggur and Taman Ular,
has closed..:(
-
-
its okey.
maybe next time,InsyaAllah..:)
-
nie kami di bukit ayer.
(cantikkan picture i snap....)

masa mkn kami..

ini lah kami di bukit ayer, tapi x sampai paling atas..x berani..:)


itu je lah kisah percutian kmi..
salam..
semoga korang pun ada cerita bercuti pada cuti hari deepavali..:)
sekian.


10 November, 2012

setiap perkara pasti ada hikmah tersirat dan tersurat


Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia.

Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. 

Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti. 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku.

 Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi. 

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. 



Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai. 

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia. 

Jika tidak kerana JARAK ini, mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Imanku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. 

Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.

09 November, 2012

Sahabat Sejati...:)

Bismillahirrahmanirahi...
Selamat Malam Kawan-kawan semua,
hayati kisah ini yea...
semoga memberi pedoman untuk semua...InsyaAllah...:)
"kisah 2 sahabat dgn pohon kurma"

_______________________________________________

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;
“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”
Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”
“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.
Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”
Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.


Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.
Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”
“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.
“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.
“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.


Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.
“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.
Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.
“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.
“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.
“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.


Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”
“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.
“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.
“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.


Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”
“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.
“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….
Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”
Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu


..................................................................................................................
mungkin kita selalu dengar kata-kata ini:
"aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
sahabatku sekalian tak kira dimana anda berada,
jika hilang "agama" rakanmu ini janganlah hilangkan cintamu kepadanya, kasihanilah fitrahnya. jika dia tersilap langkah, atau tersungkur.. pimpinlah dan bantulah dia bangun kembali. bawalah dia kembali kepada fitrahnya..sekian....:)

08 November, 2012

Nilai Doa IbuBapa..:)



Di dalam doamu kau sebut namaku

di dalam hidupmu kau bimbing diriku.

Di dalam segala hal namaku di hatimu. 

Tak dapat ku balas jasamu ayahku.

Tak dapat kulupa nasehatmu ibu. 

Hormati orang tuamu agar lanjut umurmu di bumi ! 

Trima kasih ayah dan ibu.

Kasih sayangmu padaku. 

Pengorbananmu meneteskan peluh

tuk kebahagiaan kuu..

Tuhan.. Lindungi ayah ibuku.

Dalam doa ku berseru. 

Tetes air mata yg kau tanam 

di tuai bahagia :')

Doa Untuk My Parent..:)


Ya Allah,
Rendahkanlah suara kami di depan mereka,,
Indahkanlah ucapan kami di mata mereka,,
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka,,
Dan lembutkanlah hati kami untuk mereka..

Ya Allah,
Berilah mereka sebaik-baiknya balasan,,
Atas didikan yg telah mereka berikan kepada kami.
Berilah mereka pahala yg besar atas kasih sayang yg mereka limpahkan kepadakami..
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil dg pnuh kasih sayang.


Ya Allah,
Apapun gangguan yg telah mereka rasakan ataupun kesusahan yg mereka derita karena kami,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatan kami, jadikanlah semua itu menjadi penyebab gugurnya dosa-dosa mereka, penyebab meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala mereka dengan perkenan-Mu.
Kerana hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan yg berlipat.

Ya Allah,
Jika maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami, izinkan mereka memberi syafa'at untuk kami.
Tapi jika maghfirah-Mu lebih dulu mencapai diri kami, izinkanlah kami memberi syafa'at untuk mereka.
Sehingga kami semua bisa berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yg dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu, serta rahmat-Mu.

Ya Allah,
Sesungguhnya hanya Engkaulah yg memiliki Karunia Maha Agung. Serta anugerah yg tak berakhir. Hanya kepada-Mu lah kami meminta dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan. Dan Engkaulah yg Maha Pengasih diantara semua yg pengasih.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

03 November, 2012

DIA sentiasa bersama kita..:)



Dalam hidup ini
Tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana Allah mencintai kita.

Cinta Allah kepada para hambaNya begitu mendalam.
Begitu indah dan begitu suci.

Allah mencipta kita dengan penuh rasa cinta
Lihat sahajalah bagaimana Allah menyayangi kita
Dia sentiasa ada bersama kita
Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita
Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa kita
Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita dalam kesusahan



Waktu kita terperangkap ke dalam lembah kegelapan
Tercari – cari cahaya
Dia hadir
Melimpahkan cahaya
Yang membuatkan iman yang tadinya malap
Kembali bernyala

Bila tiada sesiapa memahami kita,
Allah ada untuk memahami dan memujuki hati kita
Bila tiada sesiapa mahu mendengar kata hati kita,
Allah tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita.
Bila tiada sesiapa lagi yang ada dengan kita
Allah ada untuk menemani kita.

Ingat,
Jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan.
Allah itu sentiasa ada bersama kita.

sekian:)