30 September, 2012

nilai seorang ibu..:)


Engkau Hebat Ibu


Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam


Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku


Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku


Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga


ibu
tlah kau hujamkan matamu
tuk menentang sang surya
tlah kau hentakan kakimu
tuk menindas bumi
tlah kau mantapkan hatimu
tuk taklukan sang waktu


ibu
tlah kau luangkan begitu banyak waktu
hanya tuk menjaga ku
tlah kau hempaskan kepentingan mu
hanya tuk mengurusku


ibu.
remuk hati ini......melihat mu menangis
hancur raga ini melihatmu terluka
mati raga ini bila kau tiada


Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas




23 September, 2012

10 tanda cinta kpd Allah s.w.t



1. Yakin bahawa Allah terpuji dalam semua sifat dan perbuatan-Nya

2. Yakin bahawa Allah sangat baik dan pemurah kpd hambaNya

3. Yakin bahawa anugerah Allah kepada dirinya sangat banyak sehingga tidak mampu di bayar dgn kata-kata syukur atau amal perbuatan

4. Yakin bahawa tugasan y dibebankan kepadanya sangat sedikit

5. Setiap saat selalu merasa takut dan bimbang Allah akan berpaling drpdnya dan mencabut semua nikmat-nikmat y pernah diberikan kepadanya.

6. Selalu merasa perlu kpd Allah dalam setiap saat dan tidak dpt berpisah denganNya

7. Selalu menyebut-nyebut namanya.

8. Berusaha untuk melaksanakan perintahnya yang wajib dan sunnah agar menjadi semakin dekat denganNya.

9. Merasa gembira setiap kali mendengar atau melihat seseorang berjuang di jalan Allah dan mnyumbangkan diri, harta, atau anak-anaknya untuk agama Allah.

10. Setia kali mendapati ada orang meminta bantuan dengan menyebut nama Allah, ia selalu membantunya.



19 September, 2012

Lailaha Illallah _ Hafiz Hamidun

mari kite memuji Tuhan kita Yang Maha Esa...:)


nie lagu y menjadi lagu pengiring blog ini..:)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

selamat malam



17 September, 2012

challenges...


Bissmillahirrahmanirrahim
( Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang)

Salam kepada semua...
hari nie telah pun masuk bulan Zulkaedah dan sudah pun berakhir bulan syawal..
sedih rase nye...tapi Alhamdulillah, sempat untuk aku habis kan puase 6 di bulan syawal..:)
.................
emm...jika da berakhir syawal bermaksud x lama lagi bulan haji lah...
seronok tengok orang tgh buat persediaan untuk ke tanah suci..
teringat mase aku berada di sane..
tenang dan aman je jiwa nie...
aku berharap akan jejak ke sana lagi untuk menunaikan fardu Haji..
InsyaAllah...
Semoga Allah permudahkan perjalanan aku untuk ke sana lagi...:)
...............
teringat pada kawan aku akan ke sana untuk haji tahun nie...
semoga awok dapat haji mabrur ea friend...
setiap perkara terjadi pada awok tue da hikmah nye...
ingat Allah Sayang sebab itu Dia uji kesabaran awok...
mungkin kami habis dahulu dari awok..tpi try do the best mah...hihi..
good luck and doa kan kami berjaya untuk lagi satu tahun di UUM nie...>.<
...........
cerita plak pasai semester kali nie...
dah masuk minggu ke 2 nie...
assignment pun melambak lah kankanakan...
pening dah melande...
assigment semester kali nie agak mencabar...
bnyk kene cari company..
harap cuti 3 minggu di u,,,,,x jadi..
aku protest awal2...
aku nak habiskan sem nie dgn cepat...
x sabar dah...dan x larat dah...>.<
Sabarlah wahai hati...
oke Selamat menalaan pelajaran kepada semua...hehe

________________________________

sila bace untuk tambahkan ilmu..insyaAllah..:)

Nama Bulan Zulkaedah diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang ama
t dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan bulan haram ini. 

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan 
Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah. 

Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: 

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

PERISTIWA BERSEJARAH :-

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah. Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah. Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. 

Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al- hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut. 

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy. Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy.

Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : "Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy". Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda menuntut bela di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan". Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

4. Berlakunya Haji Wida'

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

5. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam. 

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. 

Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah, dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.




16 September, 2012

first semester for last year


Bismillahhirrahmanirrahim
( Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyanyang )

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat, dan kenalan-kenalan semua..
minggu pertama di uum untuk semester pertama di tahun last nie sudah berakhir...
Alhamdulillah....addrop pada semester kali nie berjalan dgn baik..
lecturer pun nampak oke n sporting...
maybe sorang dua kite dpt y kurang oke..
x pe..x kisah..sebenarnye, pe2 pon keadaan...
usaha kite tue paling penting...
lect baik mane...jika x de usaha, x de gengaman A di tangan..betol x??
aku redha jea...kadang2 kite perlu lecturer y nampak garang..supaye kite lebih bnyk berusaha supaya x kene marah..haha
pengalaman sendiri dpt lect y garang..
sotsetsotset..org kata lect tue killer...jarang student pass A dgn lecturer tue..
tpi bagi aku, dye seorg y sporting kot..tiap kali kelas, mesti bg motivation pada student dye n sllu pesan tok kami, supaye pikir n find company for our practicum...
i like u pn.Sa'adah, coz aku dpt A dgn lecturer nie...hehe..
bnyk2 agy lect lain..tpi x ingat nama dye org lah...
kesimpulan nye : setiap org lain pandangan dye...dan lain cara penerimaan nye...
so jgn lah terlampau percaya cakap org..percayakan diri sendiri tue penting...of course..haha
for this semester, i and also my best freinds forever (ina) take 6 subject...
antara subjek : strategic management, asas keusahawanan, servis pemasaran kewangan, risk management, islamics financial management, and permodelan....
enough, tough subject nie...>.<
(harap dapat carry dengan baik...dan doa kan saya dapat stright A's)

cerita seterusnye...
fuhhh...berita terbaru aku dengar..kawan aku mase sekelas spm dulu...dah married baru-baru nie...
Selamat pengantin baru. kps sinawati, syazwani syaripuddin, farid arifin, balqis, rahimah dan lain...
semoga korang bahagia n kekal hingga akhir hayat..
Barakallahufihh...
y bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun nie...tahniah..sorry weyh..mybe x dpt hadir..hihi..
masih d sintok mase tue...

oke lah..tue je entry kali nie...
hope petang nie x hujan di bumi sintok...
coz nak gi main badminton bersama team sintok muamalat..kakkaka...
Assalamualaikum..:)
selamat hari Malaysia kpd semua..