Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. 
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? 
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk  melihat dan akal untuk berfikir.  Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi  mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. 
Dua manusia yang  rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki  ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. 
Apabila  bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling  memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah  insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang  diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan  cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan  minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.  Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.  Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,  apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah  calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,  jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang  kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat  kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.  Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa  dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit  kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam  yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu  perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia  juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa  kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih  sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah  miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu  menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum  hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran  bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu  apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,  kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi  faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,  sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia  jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami  dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah  sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap  orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi  supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai  rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di  tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai  antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa  selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding  rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya  dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui  kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh  kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang  inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang  panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita  dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada  perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas  bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara  paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya  bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa  memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting  kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada  kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang  memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.  Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi  penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di  kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama  kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun  berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang  surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",  inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan  kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala  suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai  menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang  mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan  kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia  menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia  kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang  untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,  dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila  dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak  menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima  kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup  bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati.  Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui  dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita  dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat  membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan  tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan  hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?  Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada  ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. 
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh  yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon,  diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan  tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon  supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita  mendapat petunjukNya. 
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan  sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita  lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah  semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah,  nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal  selamanya.
24 October, 2011
22 October, 2011
NasiHat MenasihaTI
~ WAHAI LELAKI
 WAHAI LELAKI ~
~
  Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu
 • • Bawalah dia ke jalan Allah
• Bawalah dia ke jalan Allah
 • • Nasihatilah dia
• Nasihatilah dia
 • • Perbetulkan kesilapannya
• Perbetulkan kesilapannya
  • • Jagalah dia dgn baik
• Jagalah dia dgn baik
• • Kasihanilah dia
• Kasihanilah dia
• • Lindungilah dia
• Lindungilah dia
• • Berilah kasih syg padanya
• Berilah kasih syg padanya
• • Hargailah dia
• Hargailah dia
• • Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
• • Bersabar dengannya
• Bersabar dengannya
• • Terimalah & cintailah kekurangannya
• Terimalah & cintailah kekurangannya
• • Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya
• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya
~  WAHAI PEREMPUAN
WAHAI PEREMPUAN ~
~
 Jika benar kau kasih & cintakan lelaki itu
Jika benar kau kasih & cintakan lelaki itu 
• • Setialah kepadanya
• Setialah kepadanya
• • Hormati kepadanya
• Hormati kepadanya
• • Mencintainya sepenuh hati
• Mencintainya sepenuh hati
• • Berlaku jujur kepadanya
• Berlaku jujur kepadanya
• • Sentiasa disisinya
• Sentiasa disisinya
• • Hargailah dia
• Hargailah dia
• • Jagalah maruahnya
• Jagalah maruahnya
• • Bersabar dengannya
• Bersabar dengannya
• • Terimalah & cintailah kekurangannya
• Terimalah & cintailah kekurangannya
• • Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak2nya
• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak2nya
Subscribe to:
Comments (Atom)
 

 
