29 May, 2012

sifat malas



Petua Menghilangkan Sifat Malas

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ia bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap begini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda untuk meneruskannya.

4. Bayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda.

5. Senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Apakah dimaksudkan sifat malas?

a. Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sukar keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi apapun ilmu kita, kerana akan berakhir tanpa diamalkan.

b.Nabi Muhammad SAW begitu sempurnanya akhlak baginda. Tidak ada waktu yang tersia-siakan, sehingga dalam waktu hanya 23 tahun, baginda mampu membalik keadaan masyarakat. Sungguh besar manfaat yang ditunjukkan oleh baginda di tengah-tengah masyarakat. Baginda adalah seorang pemberani, seorang panglima perang teladan, baginda adalah seorang pedagang teladan, seorang guru teladan, seorang suami teladan, seorang Ayah teladan, seorang anak teladan, seorang imam sholat teladan, dan banyak lagi.

Semua itu menggambarkan bahawa tiada sifat malas sedikit pun, sehingga layaklah baginda menjadi “uswatun hasanah” bagi seluruh manusia setelahnya. Baginda adalah gambaran Khalifah di muka bumi yang sempurna, sehingga baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam. Baginda adalah Al-Qur’an berjalan.

c. Barang siapa di antara kita ingin berjaya hidup di dunia sampai akhirat, maka berusaha meneladani baginda adalah merupakan satu-satunya pilihan. Berusaha meneladani akhlaq baginda berarti menghidupkan nur-risalah Nabi Muhammad s.a.w. Apabila kita berhasil memancarkan nur-Muhammad dalam kehidupan kita, maka seluruh alam akan melayani kita. Kerana memang untuk itulah semua ini diciptakan.

so, kesimpulanya, jangan malas..(pesanan untuk diri ini_insyaAllah nak berjaya kena rajin berusaha)
2 minggu lagi nak exam final....
semoga diri ini x lagi malas untuk mengulang kaji...
semoga dpt capai impian..dptkan target untuk sem4 jadi realilti...
smile always...^_^



27 May, 2012

jalan2 cari steambot

Assalamualaikumwarahmatullah....
kepada semua rakan-rakan blog yang di kasihi...
apa khabar semua..???
semoga semua di bawah Rahmat Allah s.w.t..

di pagi jumaat 25hb mei 2012
hujan renyai-renyai di bumi sintok
membuatkan warga sintok masih terlena di atas katil..huhu...
tau-tau jep kan...hehe

sebelah petang nye,
kami budak-budak batch finance 2010 gi jalan-jalan cari steambot..tapi singgah sebentar di JITRA.
antara aktiviti kami di jitra mall:

base lah lau pempuan x bergambar..x sah..hehe

semangat kn tgok muke org depan skx nie (baju warne biru)hehehe

sopan gitu..hehe...

3 org nie je lah penyeri dlm batch finance..hehe
( shaiful, e'en, daem)

aduiihhh..roomate nape??x larat nk angkat bola bowling kaa???
hehe...bole masuk longkang ea..hehe

awek2 ayu dlm batch finance..hehe

Best frenz Forever n ever...ciap jd DP fb...hehe



cari mane saye????shaiful pon minat bear jgk ke???musykil..hehe

nie lah antara mamber batch finance 2010..
ceria jerk semua..:)

kepenatan. semua (pdahal baru jerk smpai belom main bowling agy)

pemenang nye mas...wow..kalah 2 jejaka gagah perkasa tue..hehe

setelah puas bermain bowling...kami berangkat ke destinasi seterusnya, hampir2 sampai ke genting..hehe
sesat sana sini situ..salah information...haha...y paling syok salah follow kereta...hehe
setelah sampai, nie lah aktiviti kami :-

makan steambot...nyammmm..sedap2..sanggup x mkn dari tgh hari..
akhirnye 10p.m baru jumpe steambot kami

masing2 gah melantak steambot...tapi still sempat posing..hehe

nyamnyam..sedap nye dye org melantak..^_^


mmg smue melantak habeh...^_^

tgh masak2...dan lagi posing jap..hehe

ceria jep smue...dan posing jgk ea ina..hehe


hehe..terkedu tersentap terkejut kami tgok org depan kami mkn..
semngat sgt kot...coz smpai begitu skx reaksi nye..haha

berakhirnye pic tue,berakhir lah jgk porgram jalan2 cari steambot..
perjalanan pulang, kami mmg suka gembira happy...
kami sampai di uum dlm jam 11.30p.m...(5jam gitu berjalan)
next time kite rancang buat aktiviti lain ea...
Thank you so much kepada :-
NOORSABARINA
SITI MASHITAH
CIK NUR
SUMAIYAH
KHALILAH
SHAIFUL
ADILA
NOGI
AIN
E"EN
DAEM
FAEM
ECHAH....

kerana merialisasikan pogram nie..walaupon bnyk rintangan y di hadapi..
tapi syukur alhamdulillah....
berakhir juga porgram kami dgn happy ending n sweet memori di batch finance 2010...
so, semester 4 menjadi  semester y terbaik lah....semoga group batch finance sentiasa ceria..
good luck exam final nnt..:)

create by Khalilah Ab
(11.19 a.m)
selamat pagi kawan2 ku...^_^





20 May, 2012

‎:: JODOH ♥♥ Usah Mencari Yang "Terlalu Sempurna" ::




‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')


copy from Facebook..
nice..nasihat untuk diri ini..
jangan terlalu mengharap yang belum pasti...
nnt diri akan kecewa..
biar hidup single, janji bahagia..
walaupon hidup single,tpi sebenarnya masih ada family y sentiasa mengambil berat tentnag kite..
maka fikir-fikir dan renung-renungkan lah..
jodoh pertemuan di tangan Tuhan..
kite hanye mampu merancang, tapi Allah s.w.t yang menentukan..
mungkin setiap perkara y berlaku ada hikmah dsebaliknye..
maka redhalah dengan segala-galanye..
wallahua'lam..
semoga kite semua dirahmati dan diredhai olehNya...
:)
by Khalilah Ab


19 May, 2012

jiwaku menasihati...




Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara - suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata - kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.


Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.

Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang - kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan


Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.

Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati - hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.


Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.

Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !

Jiwaku mahu sahabat - sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.


Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia Jangan jadi hamba kepada Harta Jangan jadi hamba kepada Nafsu Jangan jadi hamba kepada Syaitan Jadilah hamba Allah yang sebenar - benarnya.

Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat - sahabatku.


write by Khalilah Ab
smile in whatever situation..:)
kan comey kalau senyum selalu...
bahagia semua orang d sekeliling kte..
my self said : i love my mom and family and all special friend and friends.
hehe


14 May, 2012

perkongsian bersama..

Assalamualaikum warga blog...
hari ini terpanggail untuk meng up-date blog nie...
jam menunjukkan 1:06 am..
semangat buat assignment International Finance...
17hb nie hantar..
rasa macam esok nak hantar...hehe..
ciap awal  x pe jgn ciap last2 minit...x suke2...
pagi nie, nakshare sikit fakta tentang sesuatu..



PERNAHKAH anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?


Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa
dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur, tak akan nampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.
Lihatlah ibu anda
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakan betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika mengingati itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .

Semoga kita renungkan bersama..


Create by Khalilah Ab
at DPP Muamalat
time : 1:12 am
copy from somewhere..:)


12 May, 2012

isi masa dengan study



Assalamualaikum warga blog...
semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah s.w.t
waktu-waktu mcm nie..
kawan-kawan mesti tengah sibuk menalaah buku masing...
i'm proud to be our freind...
always want the best from the best...
specially to my friend, Sabarina, Zaiton n Farah...
good luck for our study week...
hope we can get cover all the chapter we need to understand..

Here is my timetable for final exam semester 4 :

09/06/2012
exam takaful
2:30pm
Dtso

18/06/2012
exam corporate finance
9.00am
D.ktm

21/06/2012
exam International finance
9.00am
Dtso

26/06/2012
exam ekonometrik
9.00am
Bk4

27/06/2012
exam investment
9.00am
Dmas

28/06/2012
exam Islamic banking management
2.30pm
Dmas..


semoga Allah permudahkan dan dirahmati segala-gala nya..
betolkan niat..
belajar untuk mendapat keredhaan Ilahi....peace..

kpd kawan-kawan yang tengah menghadapi peperiksaan..
selamat maju jaya..harap buat yang terbaik...
harapan terletak pada diri kite sendiri..
jika kite berusaha..
insyaAllah, kejayaan akan pasti menanti di hadapan...
walaupon payah...kite mesti harungi nya...
insyaAllah....:)

create by Khalilah Ab
at DPP Bank Muamalat...




Sayangnya Allah kepada Hambanya..


Dalam Hidup ini...
tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana Allah mencintai Kita ..
Cinta Allah kepada para hambanya begitu mendalam..
begitu indah dengan suci....


Allah menciptakan kita dengan penuh rasa cinta ....Lihat sajalah bagaimana Allah menyayangi kita..
Sentiasa bersama kita..Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita,
Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa KIta..
Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita dalam kesusahan..


Waktu kita terperangkap dalam lembah kegelapan..
tercari2 cahaya, Dia hadir melimphkan cahaya yang membuatkan iman y tadinya malap, kembali bercahaya...


Bila tiada sesiapa memahami kita, Allah ada untuk memahami dan memujuki hati kita...
Bila tiada siapa mahu mendengar kata hati ini, Allah tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita..
Bila tiada sesiapa lagi y ada dengan kita, Allah ada untuk memahami kita..


Ingat, jangan pernah fikir bahawa kite berseorangan..
Allah itu sentiasa ada bersama kita..


Cinta pada bunga, bunga akan layu..
Cinta pada manusia, kelak manusia juga akan mati.
Cinta pada sang Pencipta kita Allah s.w.t...x pernah berakhir...
hingga ke syurga kelak...InsyaAllah..
Semoga kite ketemu cinta y sejati...insyaAllah...




ukhuwah fillah abadan abada...
create by khalilah Ab
but copy from somewhere..:)
at : 5:54pm

07 May, 2012

"about tension"

the moment you are in tension,
you will lose your attention,
then you are in total confusion,
and you'll feel irritation,
this may spoil your relation.....

ultimately, you won't get co-operation,
and get things into complication,
then your blood pressure may raise caution,
and you may have to take medication,
why not try understanding the situation..
and try to think about the solution...

many problems will be solved by discussion,
which will work out better in your profession,
don't think it is my free suggestion,
it's only for your prevention
if you understand my intention
you'll never come again into tensionnn!!



jangan stress time exam..
cool je k..teruskan usaha untuk dapat dekan sem ini..
usaha tangga kejayaan..
chayookk
-----------
create by Khalilah Ab
copy from my book
at 10:46PM




05 May, 2012

jom buat kek cokelet..

Assalamualaikum kawan-kawan y setia dgn my blog...:)
hari nie nak share cket cara-cara nak wat kek cokelet...
lau nak rase kek ciptaan Ana..mai dtg time2 raya..hehe :)
to my friend : Eka elyana & Atiqah Zainuddin...
korang pernah rase kan???delicious..??
it's right??hehe

pengalaman pertama kali wat kek cokelet..
memang hampir2 hangus..
(akibat terlbh waktu)


resepi :
1.75 cawan tepung gandum
0.75 atau 3/4 cawan serbuk koko
1.5 camca teh baking powder
1.5 camca teh baking soda
1 camca teh garam
2 cawan gula halus / castor
2 biji telor
2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan minyak sayuran/ minyak jagung
1 cawan susu segar cokelet/ dipanaskan


cara-cara:

gaulkan tepung gandum, gula, koko, baking powder, biking soda, garam sehingga sebati (ayakkan)

masukkan telor & minyak sayuran, pukul selama 5 minit (sehingga kembang)

masuk sikit2 tepung& smue2 td sikit-skit kedlm adunan td

akhir sekali barulah masukkkan susu segar & pukul selama 5 minit.

masukkan semua adunan kedalam 1 loyang

bakar dalam oven, 180 degree selama 40 minit...:)

dan selesai....not difficult to do it...simple jerk...selamat mencuba...



sedap kek cokelet...my favourite nyamm...:)
up date blog sambil....
ddok boring sgt2 cari bahan tok asgmnt...
x jmpe2 sources yang d kehendaki...
akhir nye jmpe..i'm finish my part for Corporate finance assigment..
my leader don't be upset...sorry coz i doing some mistake in this part.tQ so much my leader..^_^
create by Khalilah Ab...
at 10.30 p.m





04 May, 2012

Pencil Story

The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting  him into the box..

"there are 5 things you need to know.." he told the pencil..."before i send you put in the world, always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be".

one: you will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in someones hand

two: you will experience a painful sharpening from time to time, but you'll need it to become a better pencil.

three: you will be able to correct any mistakes you might make.

four : the most important part of you will always be what's inside.

five: on every surface you use on. you must leave your mark, no matter what the condition, you must continue to write.

the pencil understood and promise to remember and went into the box with purpose i its heart.

now replacing the place of the pencil with you, always remember them n never forget, and you will become the best person you can be.

1) you will be able to do many great things, but only if you allow other human beings to access you for the many gifts you possess. 


2) you will experience a painful sharpening from time-time by going through various problem in life, but you'll need it to become a stronger person..


3) you will be able to correct any mistake you might make


4) the most important part of you will always be whats on in the inside.


5) on every surface you walk through, you must leave your mark. no matter what the situation, you must continue to do your duties.

allow this parable on the pencil to encourage you to know that you are a special person and only you can fulfill the purpose to which you were born to accomplish.


never allow yourself to get discouraged and think that your life is insignificant and cannot make a change..



nice story...
coz i share with you all my frienz..
selamat pagi..jom start study..
i  want to get good result for this semester...
chayook...:)

create by Khalilah ab
at 9:54 AM
(cuti x de ko-k hari nie)

Sand and Stone

A story tells that 2 friends were walking through the dessert. 
during some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other on in the face.
 the one who got slapped was hurt, but without saying anything, 
wrote in the sand : "Today my best friend slapped my face."

they kept on walking until they found an oasis.
 where they decided to take a bath. the one, who had been slapped, 
got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. 
after the friend recovered from the near drowning,
 he wrote on a stone.."today my best friend saved my life"

the friend who had slapped and saved his best friend asked him : 
after i hurt you, you write in the sand and now, you write on a stone, why?

the other friend replied : when someone hurts us, 
we should write it down in a sand where winds of forgiveness can erase it away.
 but, when someone does something good for us, 
we must engrave it in stone where no wind can ever erase it"





LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND,
AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE...
nice story to share...tq coz sudi membaca nya..:)
creatte by khalilah Ab at 1:28 AM
assalamualaikum....

03 May, 2012

5 tips untuk memilih teman yang baik

Assalamualaikum semua warga belog.....
PEtang nie tibe-tibe rajin update belog y x cukup cantik nie...hehe
Ana rase syukur krna di beri nikmat hidup lengkap untuk hari ini...

Jom..Ana nak share kat kawan-kawan tentang teman atau sahabat...
Ape bende erk????
?????????
?????????
?????????
?????????
Relax relax....
jom kite lihat syarat-syarat yang Imam Ghazali bagitau :-

Pertama :
Orang yang Berakal...
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan..


Kedua:
Baik dari segi peribadi dan akhlaknya.
elakkan bersahabt dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kite...:)

Ketiga:
Orang Yang Soleh...
Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil...

Keempat :
Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia...
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah.Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat kawan nya itu...

Kelima:
Orang yang benar Perkataannya..
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta..Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya..Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia...:)


Itu jep perkongsian ilmu untuk entry kali nie...
Sekian...