29 May, 2012

sifat malas



Petua Menghilangkan Sifat Malas

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ia bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap begini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda untuk meneruskannya.

4. Bayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda.

5. Senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Apakah dimaksudkan sifat malas?

a. Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sukar keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi apapun ilmu kita, kerana akan berakhir tanpa diamalkan.

b.Nabi Muhammad SAW begitu sempurnanya akhlak baginda. Tidak ada waktu yang tersia-siakan, sehingga dalam waktu hanya 23 tahun, baginda mampu membalik keadaan masyarakat. Sungguh besar manfaat yang ditunjukkan oleh baginda di tengah-tengah masyarakat. Baginda adalah seorang pemberani, seorang panglima perang teladan, baginda adalah seorang pedagang teladan, seorang guru teladan, seorang suami teladan, seorang Ayah teladan, seorang anak teladan, seorang imam sholat teladan, dan banyak lagi.

Semua itu menggambarkan bahawa tiada sifat malas sedikit pun, sehingga layaklah baginda menjadi “uswatun hasanah” bagi seluruh manusia setelahnya. Baginda adalah gambaran Khalifah di muka bumi yang sempurna, sehingga baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam. Baginda adalah Al-Qur’an berjalan.

c. Barang siapa di antara kita ingin berjaya hidup di dunia sampai akhirat, maka berusaha meneladani baginda adalah merupakan satu-satunya pilihan. Berusaha meneladani akhlaq baginda berarti menghidupkan nur-risalah Nabi Muhammad s.a.w. Apabila kita berhasil memancarkan nur-Muhammad dalam kehidupan kita, maka seluruh alam akan melayani kita. Kerana memang untuk itulah semua ini diciptakan.

so, kesimpulanya, jangan malas..(pesanan untuk diri ini_insyaAllah nak berjaya kena rajin berusaha)
2 minggu lagi nak exam final....
semoga diri ini x lagi malas untuk mengulang kaji...
semoga dpt capai impian..dptkan target untuk sem4 jadi realilti...
smile always...^_^



No comments: