18 October, 2012

tolong sampaikan...

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...






selamat hari jadi kawan ku


BIsmillahhirahamnirrahim
selamat malam warga blog sekalian..
entry kali pasal tahun kelahiran kwnku sorang nie..
di lahir pada tanggal 18/10/1991
merupakan anak kepada 2 orang suami isteri yang bernama
Che Hashim dan aku x tahu nama mak dye..hihi..
nama di beri : FARAH NADIA BT CHE HASHIM
merupaka studnt di universiti utara Malaysia..
amik kos kewangan..
merupaka tahun 3 atau tahun last di uum..
hahaha
-
-
tue intro untuk entry kali nie..
-
-
-
perancangan meraikan hari jadi seorang hamba Allah yang sudah berumor 21tahun ni
adalah beberapa hari yang lepas...
rancangan just beli sebijik kek dan makanan ringan jep..
-
-
18/10/2012
selepas kelas asas keusahawanan..
ingat nak lari dari besday girl nie,
alahai, tersilap langkah...
dia dah boleh syak aku gan kawan aku nak beli kek untuk dye kat Mall..
cishhhhh...
abeh kantoi wehhh..
tue nama nye x suprise dah..
x surprise pon, jnji kite sambut jugak kn..??
-
-
-
(mungkin kali terakhir aku plan sambut besday dye..tahun depan, gambaran nye mengatakan x de dah sambutan besday seperti nie...almaklumlah, dah berpisah antara satu sama lain.)
-
-
-
okelah
SELAMAT HARI TUA FARAH NADIA..
SEMOGA BAHAGIA SELALU HENDAKNYA..
SEMOGA PANJANG UMOR DI MURAHKAN REZEKI N DI CEPATKAN JODOH..:)
-
-
tq kpd SABARINA, MASITAH,NUR,SUMAIYAH, AINI..dan last sekali SURIA (tq sebab sudi bagi sponsor)
kerana meraikan sambutan hari jadi nie dgn baik dan sporting. 
SEMOAG PERSAHABATAN KITE BERKEKALAN HINGGAN AKHIR HAYAT..INSYAALLAH..:)




pakar duit semua nie..hahaha...

sekian..:)





05 October, 2012

convocation uum


Bismillahirrahmanirrahim
( Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang )

Assalamualaikum semua warga blog..
minggu assignment melambak membuatkan aku x sempat nak buka blog y sungguh cantik nie..
hahaha
(angkat bakul sendiri plak...)

minggu nie adalah minggu konvokesyen bagi budak2 senior yang dah graduate..
tahniah bro and sis...
Doakan kami jugak akan naik pentas dewan Mas nnt..
terasa gembira tengok my senior dulu, 
nak terima degree...
senior y mengajar aku mase aku junior dulu..
suka duka bersama..hehe..
TAHNIAH buat MY ROOMATE : NORAZURA ABD AZIZ..
bachelor of HR..
( sudah try pakai jubah konvo..terasa mcm aku plak nak gi amik )


kalau di selidik semua kisah duka aku dgn kawan-kawan...
tinggal lagi setahun InsyaAllah..
untuk habis kan pembelajaran di uum..
untuk lagi setahun nie, aku berhasrat untuk cipta banyak memori bersama korang..
semoga pabila rindu...boleh aku ingt memori kita bersama...

lepas nie, x de lah sesi bergantung antara satu sama lain, buat keja same2,gelak sama2...
sedih kot...
(harap aku x nangis nnt)
hahaha





create by lilah Ab