entah kenapa tangan terasa nak menulis cerita di blog serba serbi x cntik nie..:)
esok lusa dah nak menempuhi paper first untuk semester 5...
Alhamdulillah.. Hampir tamatnya semester 5, sebelum memasuki semester 6, seperti biasa student akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Tak terkecuali diri ini. diri ini doakan yang terbaik untuk korang semua. All the best and good luck. Tawaqal, tawaqal jugak. Usaha jangan lupa. Usaha lebih untuk hasil yang lebih. Kalau usaha banyak, hasil pun banyak...
jika di kenang kembali semster 5,
terima kasih kawan-kawan, lecture-lecture yang memberi tunjuk ajar..
diri ini dengan rendah diri hendak meminta MAAF andai ada salah...
semoga saya dan rakan-rakan dpt menjawab paper pertama ni dgn baik dan lancar..insyaALLAH...:)
imbas kembali pemberian rakan-rakan ku di semester 5..
tq tau..:)
pertama :
tq kepada shaiful waqiuddin,
coz bagi gelang nie untuk kami budak2 barcth finance,
gelang ini memang berharga bagi kami,
kerana dtg nye dari jauh..:)
semoga selepas nie, kami dpt ikut jejak kau ea...
muda-muda dpt menunaikan haji..:)
tq haji shaiful..
(akan kami simpan n ini kenangan persahabatan kita..insyaAllah.)
kedua:
terima kasih kepada Suria Bolhassan.
sebab awak bagi saya pokok kaktus ni...
insyaALLAH saya akan jaga nya...:)
saya sayang awak kawan..:)
ketiga:
terima kasih kepada semua rakan-rakan,
sbb korang penyeri hidup aku dkt uum nie..:)
seronok kenal korang semua..
semoga persahabatan ini kekal untuk selamanya..
semoga kita dapat buat yang terbaik exam kali ini..
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum, warga blog..
hari nie saya just nak say and wish good luck to all student UUM for final exam..
to all my friends:
korang mesti buat y terbaik tahu...
kita nie dah last year...
nnt rindu plak nak dpt dekan..cishh..
(tujukan kata-kata tue untuk diri sendiri)
x pernah lagi merasa status dekan..
for this semester, i need to struggle...i want 3.5 and above...
to eika elyana:
aku nak ucapkan semoga semester ini, kite dpt bersaing lagi..
aku akan dan nak kalah kan ko sem nie..hihi...
GOOD LUCK tau...ko kan start exam 29hb n 30hb nie...
ALL the best...:)
to my best friend : Noor Sabarina
aku nak bagitahu yang ko memang banyk bg semangat kat aku...
aku mintak maaf banyak2 kalau mase kita bersama, aku ada sakitkan hati ko..hihi
all the best..aku tahu, ko pon salah sorang pesaing aku..
hope we will get what we want for this semester..:)
Good luck...:)
also to all friends in batch finance,
aku mintak maaf banyak2 andai tersalah bahasa terkasar tegur ke..pe2 je lah..
aku tiada niat nak buat semua tue...
hope we will together get the best result in last year at uum...
next semester we will meet for last semester..:)
so, here i want to wish good luck and all the best..
oke..lastly...
kita perlu usaha untuk berjaya,
jika kita dah berusah, tapi x memperoleh kejayaan juga..
itu namanya ujian dari Allah untuk kita...
apa-apa pun, jangan pernah lupa,
jasa ibu bapa kita membesarkan kita, dan pasti mereka hendak kita berjaya..
so kita perlu berusaha untuk dapat dan sempurnakan impian bersama...:)
dan, lastly,
jangan lupa,
solat jangan tinggal,
kalau stress, bacalah Al-Quran, semoga ia menenangkan minda kita...
sentiasa ingat segala-gala nya ketentuan Ilahi...
jangan x makan sbb study, x baik untuk kesihatan,
jika boring, berzikirlah, semoga dapat manfaat dan pahala dari itu,
dan juga jangan lupa ambil wudhuk ketika nak study dan sebelum kita jawab exam nanti..:)
Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia.
Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb.
Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti. 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku.
Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi.
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
Jika tidak kerana JARAK ini, mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Imanku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya.
Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.
semoga memberi pedoman untuk semua...InsyaAllah...:)
"kisah 2 sahabat dgn pohon kurma"
_______________________________________________
Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua; “Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?” Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..” “Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama. Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…” Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar. Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.” “Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya. “Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama. “Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.
Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut. “Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama. Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu. “Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan. “Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama. “Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.
Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!” “Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan. “Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua. “Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.
Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.” “Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama. “Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya…. Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa. “Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.” Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu
.................................................................................................................. mungkin kita selalu dengar kata-kata ini: "aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." sahabatku sekalian tak kira dimana anda berada, jika hilang "agama" rakanmu ini janganlah hilangkan cintamu kepadanya, kasihanilah fitrahnya. jika dia tersilap langkah, atau tersungkur.. pimpinlah dan bantulah dia bangun kembali. bawalah dia kembali kepada fitrahnya..sekian....:)
Berilah mereka pahala yg besar atas kasih sayang yg mereka limpahkan kepadakami..
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil dg pnuh kasih sayang.
Ya Allah,
Apapun gangguan yg telah mereka rasakan ataupun kesusahan yg mereka derita karena kami,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatan kami, jadikanlah semua itu menjadi penyebab gugurnya dosa-dosa mereka, penyebab meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala mereka dengan perkenan-Mu.
Kerana hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan yg berlipat.
Ya Allah,
Jika maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami, izinkan mereka memberi syafa'at untuk kami.
Tapi jika maghfirah-Mu lebih dulu mencapai diri kami, izinkanlah kami memberi syafa'at untuk mereka.
Sehingga kami semua bisa berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yg dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu, serta rahmat-Mu.
Ya Allah,
Sesungguhnya hanya Engkaulah yg memiliki Karunia Maha Agung. Serta anugerah yg tak berakhir. Hanya kepada-Mu lah kami meminta dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan. Dan Engkaulah yg Maha Pengasih diantara semua yg pengasih.
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
entry kali pasal tahun kelahiran kwnku sorang nie..
di lahir pada tanggal 18/10/1991
merupakan anak kepada 2 orang suami isteri yang bernama
Che Hashim dan aku x tahu nama mak dye..hihi..
nama di beri : FARAH NADIA BT CHE HASHIM
merupaka studnt di universiti utara Malaysia..
amik kos kewangan..
merupaka tahun 3 atau tahun last di uum..
hahaha
-
-
tue intro untuk entry kali nie..
-
-
-
perancangan meraikan hari jadi seorang hamba Allah yang sudah berumor 21tahun ni
adalah beberapa hari yang lepas...
rancangan just beli sebijik kek dan makanan ringan jep..
-
-
18/10/2012
selepas kelas asas keusahawanan..
ingat nak lari dari besday girl nie,
alahai, tersilap langkah...
dia dah boleh syak aku gan kawan aku nak beli kek untuk dye kat Mall..
cishhhhh...
abeh kantoi wehhh..
tue nama nye x suprise dah..
x surprise pon, jnji kite sambut jugak kn..??
-
-
-
(mungkin kali terakhir aku plan sambut besday dye..tahun depan, gambaran nye mengatakan x de dah sambutan besday seperti nie...almaklumlah, dah berpisah antara satu sama lain.)
-
-
-
okelah
SELAMAT HARI TUA FARAH NADIA..
SEMOGA BAHAGIA SELALU HENDAKNYA..
SEMOGA PANJANG UMOR DI MURAHKAN REZEKI N DI CEPATKAN JODOH..:)
-
-
tq kpd SABARINA, MASITAH,NUR,SUMAIYAH, AINI..dan last sekali SURIA (tq sebab sudi bagi sponsor)
kerana meraikan sambutan hari jadi nie dgn baik dan sporting.
SEMOAG PERSAHABATAN KITE BERKEKALAN HINGGAN AKHIR HAYAT..INSYAALLAH..:)